Kedai PPM Kapar

Kepada sesiapa yang hendak membeli tongkat pengakap (RM 15 sebatang) sila hubungi saya di talian 012-8259443 begin_of_the_skype_highlighting              012-8259443      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 012-8259443 end_of_the_skype_highlighting profdin

Isnin, 25 Januari 2010

TAHNIAH KEPADA DC KAPAR


Tahniah kepada DC Kapar Pn. Hajjah Noorsila bt Mohd Ishak atas penerimaan tauliah Pesuruhjaya. Majlis diadakan di Kem Ulu Semenyih dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Y. Bhg. Dato' Hj Kaharudin bin Momin.

Gambar atas - Upacara Angkat Sumpah Jawatan dan Bacaan Persetiaan Pengakap

Gamabar Bawah Kiri - Menandatangani Tauliah Pesuruhjaya depan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Gamabar Bawah Kanan - Penerimaan Tauliah

Jumaat, 22 Januari 2010

Pendaftaran Pengakap 2010

Salam Pengakap
Kepada semua pemimpin Pengakap Kumpulan daerah Kapar diminta mendaftarkan kumpulan masing-masing dengan kadar segera. Bayaran adalah sepeti berikut
RM3.00 untuk Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.
RM5.00 untuk Pemimpin dan Kelana
RM10.00 untuk setiap kumpulan
Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15 mac 2010. Bayaran hendaklah di bank in atas nama BENDAHARI PPM DAERAH KAPAR. No Akaun 12220002160059. Bayaran secara pukal oleh PPM Daerah Kapar akan dibuat pada hujung bulan Mac 2010 dan akan diserahkan ke Persekutuan Pengakap Malaysia.
Salinan pembayaran hendaklah diserahkan pada Pesuruhjaya Daerah berserta disc/disket (softcopy) dan dua salinan yang berisi maklumat pendaftaran kumpulan / sekolah masing-masing. (pengesahan oleh pengetua atau guru besar)
Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Daerah Kapar Pn Hajjah Noorsila bt Mohd Ishak ( 0123769269 ) dan segala borang boleh dimuat turun daripada ruangan Download.

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

by admin

Khamis, 21 Januari 2010

Mesyuarat Pemimpin Daerah

Tarikh : 21 Januari 2010 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Kemboja ( Blok E ) SMK Perempuan Kapar
Pakaian : Uniform Pengakap ( digalakkan )


Agenda Mesyuarat:

1. Taklimat Pendaftaran Kumpulan secara online
( Sila bawa Laptop dan Extension Wire)
2. Tauliah Pemimpin 2010
3. Program Pengakap 2010 ( Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah)
4. Program Latihan Manikayu dan Kemahiran Pemimpin 2010.
5. Jambori Budaya Serumpun Indonesia - Malaysia.
6. Jambori Malaysia Terengganu 2011.


Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri mesyuarat tersebut bagi melicinkan pergerakan dan aktiviti pengakap daerah ini. Tuan/Puan/Cik adalah digalakkan memakai pakaian seragam pengakap (jika ada) ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

by Admin

Jambori Budaya Indonesia/malaysia 2010

Tarikh : 8-12 Jun2010


Tempat : Tanah Datar,Sumatera Barat Indonesia
Yuran : RM 300.00 (termasuk makan buffet 3X,Jambori kit,lawatan/pengangkutan dari lapangan terbang Minangkabau ke taapak Jambori dan kembali)

*tidak termasuk pasport