Kedai PPM Kapar

Kepada sesiapa yang hendak membeli tongkat pengakap (RM 15 sebatang) sila hubungi saya di talian 012-8259443 begin_of_the_skype_highlighting              012-8259443      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 012-8259443 end_of_the_skype_highlighting profdin

Selasa, 27 Julai 2010

Kad Keahllian


Perhatian Kepada Semua Pemimpin Sekolah Dan Kelana
Sila dapatkan kad Keahlian anda daripada DC dengan segera.

Sabtu, 24 April 2010


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua jawatankuasa pelaksanaan KEM WANITA SELANGOR atas kerjasama dan sumbangan bakti yang diberikan bagi menjayakan

KEM WANITA SELANGOR

yang diadakan pada
16-18 april 2010

bertempat
KOMPLEKS SEKOLAH PRESINT 11 (2)
PUTRAJAYA

Khamis, 8 April 2010

MESTUARAT PLD PPM KAPAR

Semua ADC PPM KAPAR di minta hadir pada ketetapan berikut:

Tempat : Lot 2576 A Jalan Kassim ( Rumah DC )
Tarikh : 11 April 2010
Masa : 9.00 Pagi

kehadiran adalah wajib
kerjasama oleh pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih

Isnin, 29 Mac 2010

Perkhemahan Wanita Datang Lagi

Tarikh : 16-18 April 2010
Tempat : Kompleks Sekolah Presint 11 (2) Putrajaya

Kepada semua ADC Biro Wanita Dan ADC Program Daerah sila Download Borang Perkhemahan
disini

Rabu, 10 Mac 2010

Mesyuarat Kem Wanita 2010

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
SELANGOR DARUL EHSAN
AKTA PARLIMEN No. 38 Tahun 1968 PINDAAN No.143 Tahun 1974
Kem Pengakap Temasya Rimba Templer, Km. 20 Jalan Ipoh Rawang,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 60910966

Ruj. Kami : PPMNSel/PRG/10/01/( 13 )
Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 mac 2010


SEMUA ADC PROGRAM DAN ADC BIRO WANITA

Tuan/Puan/Cik,

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2 April 2010 ( Jumaat )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kompleks Sekolah Precint 11 (2) W.P Putrajaya

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadirinya. Diharapkan agar tuan/puan membawa bersama pemimpin yang akan menjadi jawatankuasa kecil pelaksanaan dalam unit/bahagian tuan/puan atau senarai nama pemimpin yang boleh bertugas (wanita atau lelaki) bagi urusan pelepasan tugas dan tuntutan perjalanan semasa bertugas kelak.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan sangat diharapkan demi kemajuan ahli pengakap dan program yang dirancang beroleh kejayaan. Keterangan lanjut sila hubungi Tn Hj Azkiah Hj Nor 0122212512 atau Pn. Hjh. Noorsila bt. Hj. Mohd. Ishak. 0123769269.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Saya yang menurut perintah,



(HAJI AZKIAH BIN HAJI NOR)
Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pengerusi Pasukan Program)
PPM. Negeri Selangor

Khamis, 25 Februari 2010

Edaran Baru PPM KAPAR

Ruj.Kami : PPM /Kpr/ 01/10/( 06 )
Tarikh : 22 Februari 2010
Pengetua/Guru Besar
SMK / SK/ SJK(C) /SJK (T)
Kumpulan Gabungan PPM Daerah Kapar.
(UP. Pemimpin Pengakap Kumpulan)

Melalui dan salinan,
Pegawai Pelajaran Daerah Klang,
Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor D.E

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap adalah perlu dilakukan mengikut Peraturan-peraturan Akta Parlimen No. 38, 1968, Seksyen VII (176 - 189). Sehubungan itu PPM Daerah Kapar memohon kerjasama dan mengingatkan agar pendaftaran tersebut dilakukan di peringkat sekolah tuan/puan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Kadar yuran pendaftaran adalah seperti tahun-tahun sebelumnya, seperti berikut;
2.1 Pendaftaran Kumpulan (sekolah) RM 10.00
2.2 Pengakap Kanak-kanak (Sekolah Rendah) RM 3.00 seorang
2.3 Pengakap Muda/Pengakap Remaja (Sekolah Menengah) RM 3.00 seorang
2.4 Pengakap Kelana (umur 17 ½ tahun ke atas) RM 5.00 seorang
2.5 Pemimpin/Penolong Pemimpin RM 5.00 seorang
2.6 Ahli Biasa RM 5.00 seorang

3. Sila dapatkan maklumat Pendaftaran dan Format Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) serta panduan mengisi borang tersebut untuk tindakan tuan/puan di dalam www.ppmkapar.blogspot.com (Ruangan Download). Borang-borang yang telah lengkap bersama bayarannya atau salinan bukti pembayaran (slip bank) dan CD Pendaftaran, harap kembalikan kepada Pesuruhjaya PPM Daerah Kapar sebelum atau pada 15 Mac 2010.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN”

Saya yang menurut perintah,

…………………...........................……
(HJH. NOORSILA BT. HJ. MOHD ISHAK)
Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Kapar.

sk. 1. Pegawai Pelajaran Daerah Klang
2. Fail Pesuruhjaya







Sekolah/Kumpulan Gabungan PPM Daerah Kapar.

1 M 0274 SK. Sungai Binjai, Meru,
2 M 5388 SK. Tok Muda,
3 M 2318 SK. Sementa,
4 M 4171 SK. Kapar,
5 M 1034 SK. Bukit Kapar,
6 M 8181 SK. Bukit Cerakah,
7 M 3024 SMK. Tengku Idris Shah,
8 M 5239 SJKT. Vallambrosa,
9 M 3712 SMK. Meru, Pekan Meru,
10 M 4289 SK. Rantau Panjang,
11 M 5380 SJKT. Methodist Kapar,
12 M 5462 SK. Sungai Serdang,
13 M 6712 SMK. Rantau Panjang,
14 M 7205 SJKC. Soo Jin,
15 M 7206 SJKT. Jalan Acob,
16 M 7490 SJKC. Ying Wah,
17 M 7491 SJKC. Pui Ying,
18 M 8834 SK. Abdul Samat,
19 M 9091 SK. Meru,
20 M 9225 SJKC. Tiong Hua Kok Bin, Meru,
21 M 9361 SK. Taman Klang Utama,
22 M 9402 SMK. Perempuan Kapar
23 M 9362 SMK. Tmn. Klang Utama,
24 M 9717 SK. Sungai Kapar Indah
25 M 9844 SK. Meru 2
26 M 10045 SMK. Sg. Kapar Indah
27 M 7204 Kelana A
28 M 9718 Kelana B
29 M 9360 Kelana C

Kumpulan yang tidak membaharui pendaftaran kumpulan dan keahliannya dinasihatkan
agar tidak menjalankan sebarang aktiviti Pengakap (skima Pengakap) atau mengutip
wang daripada pelajar di atas nama Pengakap Malaysia serta memakai pakaian
seragam Pengakap Malaysia.

PENDAFTARAN KUMPULAN
Waktu membuat permohonan untuk pendaftaran sesuatu kumpulan yang DIANJUR, Kuasa Penganjur itu bersetuju;
(a) Menerima tujuan cara-cara dan Dasar Persekutuan seperti tersebut di dalam “Ilmu Pengakap Bagi Budak-budak” dan “Dasar Peraturan” serta tanggungjawab untuk pembaharuan pendaftaran bagi tiap-tiap tahun.



Ruj.Kami : PPM /Kpr/ 01/10/( 07 )
Tarikh : 22 Februari 2010

Pegawai Pelajaran Daerah Klang,
Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor D.E

Tuan,

KURSUS PENGENALAN MANIKAYU BAGI PEMIMPIN UNIT
PELEPASAN PEGAWAI MENGHADIRI KURSUS PADA 06 MAC 2010

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, surat JPNS/SPK/KOR/A2509/02/15/08 (15), bertarikh 09 Februari 2010 dan surat Bil.(72)dlm.MPNS/04/02 (2010) bertarikh 18 Februari 2010 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada pemimpin unit seperti senarai nama yang dilampirkan untuk menghadiri kursus ini serta memaklumkannya kepada Pengetua/Guru Besar sekolah yang terlibat.

3. Bersama ini disertakan surat JPNS/SPK/KOR/A2509/02/15/08(15), bertarikh 09 Februari 2010 dan surat Bil.(72)dlm.MPNS/04/02 (2010) bertarikh 18 Februari 2010 untuk tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN”

Saya yang menurut perintah,


…………………...........................……
(HJH. NOORSILA BT. HJ. MOHD ISHAK)
Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Kapar.

sk. 1. Pesuruhjaya Pengakap PPM N.Selangor.
2. Fail Pesuruhjaya



SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PPM DAERAH KAPAR

Bil PPD NAMA SEKOLAH
1 KLANG HALIM B. SAPARI SMK RANTAU PANJANG
2 KRISHNAN A/L ARUMUGAM SMK RANTAU PANJANG
3 MOHD HAFFIZ B. HAMDAN SHUKOR SMK RANTAU PANJANG
4 SARIPUDDIN B. LATIP SK MERU
5 SUBANESWARI A/L SUBRAMANIAM SK TAMAN KLANG UTAMA
6 MOHD KHAIRI B. CHE ANI SK TAMAN KLANG UTAMA
7 ZURHAIDA BT. AZLAN SK TAMAN KLANG UTAMA
8 ASMAH BT. AWANG SMK PEREMPUAN KAPAR
9 NORKHAIRIDA BT. ABDURAMAN SMK PEREMPUAN KAPAR


PEGAWAI KURSUS :

1. ZURAIMI B. AHMAD ZAWAWI - SK SUNGAI PLONG, SUNGAI BULOH, SELANGOR

2. MOHD ARRIF B. HAIROMAN - SK PUNCAK ALAM, BANDAR BARU PUNCAK ALAM,SELANGOR

Isnin, 25 Januari 2010

TAHNIAH KEPADA DC KAPAR


Tahniah kepada DC Kapar Pn. Hajjah Noorsila bt Mohd Ishak atas penerimaan tauliah Pesuruhjaya. Majlis diadakan di Kem Ulu Semenyih dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Y. Bhg. Dato' Hj Kaharudin bin Momin.

Gambar atas - Upacara Angkat Sumpah Jawatan dan Bacaan Persetiaan Pengakap

Gamabar Bawah Kiri - Menandatangani Tauliah Pesuruhjaya depan
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Gamabar Bawah Kanan - Penerimaan Tauliah

Jumaat, 22 Januari 2010

Pendaftaran Pengakap 2010

Salam Pengakap
Kepada semua pemimpin Pengakap Kumpulan daerah Kapar diminta mendaftarkan kumpulan masing-masing dengan kadar segera. Bayaran adalah sepeti berikut
RM3.00 untuk Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja.
RM5.00 untuk Pemimpin dan Kelana
RM10.00 untuk setiap kumpulan
Pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 15 mac 2010. Bayaran hendaklah di bank in atas nama BENDAHARI PPM DAERAH KAPAR. No Akaun 12220002160059. Bayaran secara pukal oleh PPM Daerah Kapar akan dibuat pada hujung bulan Mac 2010 dan akan diserahkan ke Persekutuan Pengakap Malaysia.
Salinan pembayaran hendaklah diserahkan pada Pesuruhjaya Daerah berserta disc/disket (softcopy) dan dua salinan yang berisi maklumat pendaftaran kumpulan / sekolah masing-masing. (pengesahan oleh pengetua atau guru besar)
Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Daerah Kapar Pn Hajjah Noorsila bt Mohd Ishak ( 0123769269 ) dan segala borang boleh dimuat turun daripada ruangan Download.

Sekian dan terima kasih.

"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

by admin

Khamis, 21 Januari 2010

Mesyuarat Pemimpin Daerah

Tarikh : 21 Januari 2010 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Kemboja ( Blok E ) SMK Perempuan Kapar
Pakaian : Uniform Pengakap ( digalakkan )


Agenda Mesyuarat:

1. Taklimat Pendaftaran Kumpulan secara online
( Sila bawa Laptop dan Extension Wire)
2. Tauliah Pemimpin 2010
3. Program Pengakap 2010 ( Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah)
4. Program Latihan Manikayu dan Kemahiran Pemimpin 2010.
5. Jambori Budaya Serumpun Indonesia - Malaysia.
6. Jambori Malaysia Terengganu 2011.


Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri mesyuarat tersebut bagi melicinkan pergerakan dan aktiviti pengakap daerah ini. Tuan/Puan/Cik adalah digalakkan memakai pakaian seragam pengakap (jika ada) ketika menghadiri mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

by Admin

Jambori Budaya Indonesia/malaysia 2010

Tarikh : 8-12 Jun2010


Tempat : Tanah Datar,Sumatera Barat Indonesia
Yuran : RM 300.00 (termasuk makan buffet 3X,Jambori kit,lawatan/pengangkutan dari lapangan terbang Minangkabau ke taapak Jambori dan kembali)

*tidak termasuk pasport