Kedai PPM Kapar

Kepada sesiapa yang hendak membeli tongkat pengakap (RM 15 sebatang) sila hubungi saya di talian 012-8259443 begin_of_the_skype_highlighting              012-8259443      end_of_the_skype_highlighting begin_of_the_skype_highlighting 012-8259443 end_of_the_skype_highlighting profdin

Khamis, 25 Februari 2010

Edaran Baru PPM KAPAR

Ruj.Kami : PPM /Kpr/ 01/10/( 06 )
Tarikh : 22 Februari 2010
Pengetua/Guru Besar
SMK / SK/ SJK(C) /SJK (T)
Kumpulan Gabungan PPM Daerah Kapar.
(UP. Pemimpin Pengakap Kumpulan)

Melalui dan salinan,
Pegawai Pelajaran Daerah Klang,
Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor D.E

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN KUMPULAN DAN KEAHLIAN PENGAKAP 2010

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap adalah perlu dilakukan mengikut Peraturan-peraturan Akta Parlimen No. 38, 1968, Seksyen VII (176 - 189). Sehubungan itu PPM Daerah Kapar memohon kerjasama dan mengingatkan agar pendaftaran tersebut dilakukan di peringkat sekolah tuan/puan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Kadar yuran pendaftaran adalah seperti tahun-tahun sebelumnya, seperti berikut;
2.1 Pendaftaran Kumpulan (sekolah) RM 10.00
2.2 Pengakap Kanak-kanak (Sekolah Rendah) RM 3.00 seorang
2.3 Pengakap Muda/Pengakap Remaja (Sekolah Menengah) RM 3.00 seorang
2.4 Pengakap Kelana (umur 17 ½ tahun ke atas) RM 5.00 seorang
2.5 Pemimpin/Penolong Pemimpin RM 5.00 seorang
2.6 Ahli Biasa RM 5.00 seorang

3. Sila dapatkan maklumat Pendaftaran dan Format Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) serta panduan mengisi borang tersebut untuk tindakan tuan/puan di dalam www.ppmkapar.blogspot.com (Ruangan Download). Borang-borang yang telah lengkap bersama bayarannya atau salinan bukti pembayaran (slip bank) dan CD Pendaftaran, harap kembalikan kepada Pesuruhjaya PPM Daerah Kapar sebelum atau pada 15 Mac 2010.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN”

Saya yang menurut perintah,

…………………...........................……
(HJH. NOORSILA BT. HJ. MOHD ISHAK)
Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Kapar.

sk. 1. Pegawai Pelajaran Daerah Klang
2. Fail Pesuruhjaya







Sekolah/Kumpulan Gabungan PPM Daerah Kapar.

1 M 0274 SK. Sungai Binjai, Meru,
2 M 5388 SK. Tok Muda,
3 M 2318 SK. Sementa,
4 M 4171 SK. Kapar,
5 M 1034 SK. Bukit Kapar,
6 M 8181 SK. Bukit Cerakah,
7 M 3024 SMK. Tengku Idris Shah,
8 M 5239 SJKT. Vallambrosa,
9 M 3712 SMK. Meru, Pekan Meru,
10 M 4289 SK. Rantau Panjang,
11 M 5380 SJKT. Methodist Kapar,
12 M 5462 SK. Sungai Serdang,
13 M 6712 SMK. Rantau Panjang,
14 M 7205 SJKC. Soo Jin,
15 M 7206 SJKT. Jalan Acob,
16 M 7490 SJKC. Ying Wah,
17 M 7491 SJKC. Pui Ying,
18 M 8834 SK. Abdul Samat,
19 M 9091 SK. Meru,
20 M 9225 SJKC. Tiong Hua Kok Bin, Meru,
21 M 9361 SK. Taman Klang Utama,
22 M 9402 SMK. Perempuan Kapar
23 M 9362 SMK. Tmn. Klang Utama,
24 M 9717 SK. Sungai Kapar Indah
25 M 9844 SK. Meru 2
26 M 10045 SMK. Sg. Kapar Indah
27 M 7204 Kelana A
28 M 9718 Kelana B
29 M 9360 Kelana C

Kumpulan yang tidak membaharui pendaftaran kumpulan dan keahliannya dinasihatkan
agar tidak menjalankan sebarang aktiviti Pengakap (skima Pengakap) atau mengutip
wang daripada pelajar di atas nama Pengakap Malaysia serta memakai pakaian
seragam Pengakap Malaysia.

PENDAFTARAN KUMPULAN
Waktu membuat permohonan untuk pendaftaran sesuatu kumpulan yang DIANJUR, Kuasa Penganjur itu bersetuju;
(a) Menerima tujuan cara-cara dan Dasar Persekutuan seperti tersebut di dalam “Ilmu Pengakap Bagi Budak-budak” dan “Dasar Peraturan” serta tanggungjawab untuk pembaharuan pendaftaran bagi tiap-tiap tahun.



Ruj.Kami : PPM /Kpr/ 01/10/( 07 )
Tarikh : 22 Februari 2010

Pegawai Pelajaran Daerah Klang,
Pejabat Pelajaran Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor D.E

Tuan,

KURSUS PENGENALAN MANIKAYU BAGI PEMIMPIN UNIT
PELEPASAN PEGAWAI MENGHADIRI KURSUS PADA 06 MAC 2010

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas, surat JPNS/SPK/KOR/A2509/02/15/08 (15), bertarikh 09 Februari 2010 dan surat Bil.(72)dlm.MPNS/04/02 (2010) bertarikh 18 Februari 2010 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada pemimpin unit seperti senarai nama yang dilampirkan untuk menghadiri kursus ini serta memaklumkannya kepada Pengetua/Guru Besar sekolah yang terlibat.

3. Bersama ini disertakan surat JPNS/SPK/KOR/A2509/02/15/08(15), bertarikh 09 Februari 2010 dan surat Bil.(72)dlm.MPNS/04/02 (2010) bertarikh 18 Februari 2010 untuk tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI PENGAKAPAN”

Saya yang menurut perintah,


…………………...........................……
(HJH. NOORSILA BT. HJ. MOHD ISHAK)
Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Kapar.

sk. 1. Pesuruhjaya Pengakap PPM N.Selangor.
2. Fail Pesuruhjaya



SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PPM DAERAH KAPAR

Bil PPD NAMA SEKOLAH
1 KLANG HALIM B. SAPARI SMK RANTAU PANJANG
2 KRISHNAN A/L ARUMUGAM SMK RANTAU PANJANG
3 MOHD HAFFIZ B. HAMDAN SHUKOR SMK RANTAU PANJANG
4 SARIPUDDIN B. LATIP SK MERU
5 SUBANESWARI A/L SUBRAMANIAM SK TAMAN KLANG UTAMA
6 MOHD KHAIRI B. CHE ANI SK TAMAN KLANG UTAMA
7 ZURHAIDA BT. AZLAN SK TAMAN KLANG UTAMA
8 ASMAH BT. AWANG SMK PEREMPUAN KAPAR
9 NORKHAIRIDA BT. ABDURAMAN SMK PEREMPUAN KAPAR


PEGAWAI KURSUS :

1. ZURAIMI B. AHMAD ZAWAWI - SK SUNGAI PLONG, SUNGAI BULOH, SELANGOR

2. MOHD ARRIF B. HAIROMAN - SK PUNCAK ALAM, BANDAR BARU PUNCAK ALAM,SELANGOR